Salam buat seisi alam
Sejenak renungan ,
Di saat jari lincah menaip bait bait indah
Ada di luar sana terputus jarinya demi mempertahankan agama
Di saat mata khusyuk melihat ke arah skrin komputer riba berjenama "hp"
Ada di luar sana sudah hilang nikmat penglihatannya
Alhamdulillah ya Allah ,
atas nikmat-Mu tidak terhingga
Pesan Rasulullah SAW seperti yang dilaporkan oleh Abu Hurairah :
"Wasiatkan sentiasa kebaikan kepada para wanita,
kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk .
Bahagian yang paling bengkok daripada jalinan
tulang rusuk ialah tulang rusuk bahagian atas.
Sekiranya kalian memaksa diri bagi meluruskannya ,
tulang itu pasti patah .
Tetapi sekiranya kalian mendiamkannya sahaja ,
tulang itu tetap akan bengkok .
Oleh itu , wasiatkanlah kebaikan kepada para wanita"
Direkodkan oleh Al-Bukhari