Rabbi , bila aku jatuh hati
Benarkan aku terbang cepat
Supaya syaitan tak sanggup hinggap
Kita tersedar bagi menghitung dan menyusun kembali niat kita yang mahu ikhlas kepada Allah. Tujuan kita memperbaiki diri bukan sekadar demi mendapat jodoh dalam agama ini . Alangkah hina apabila kita terpelanting daripada jalan dakwah , jalan perbaikan diri dan jalan kemuliaan hanya kerana masalah ini . Kapas kapas hati sudah cuba dipintal menjadi benang benang iman yang kuat , menyimpul kita erat dalam Islam . Tidak layak kita menghurainya kembali dalam tangis kepiluan
Wahai seorang kekasih
Telah lama kau kurindui
Hidup sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Tetapi tetap terus bersabar
Kerana ikatan janji
(The Zikr : Dua Cinta Kekasih)
Sesungguhnya , Dia yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan
Surah an-Najm , ayat 45
POSTED BY Nurul Nadhirah ON Tuesday, December 24, 2013 @ 9:47 PM