Assalamualaikum :) a week to go :3 kami akan dapat result PMR ! haritu memang aku cuak nak dpat tapi sekarang da kurang rasa tu sebab entah la :/ takde mood . hari ni sepatutnya da 10 bulan tapi buat pe aku nak ingat lagi --' and sekarang memang aku da semakin happy di samping orang tersayang :D aku tak perlukan benda itu untuk teruskan hidup , cukuplah aku sentiasa ada dengan orang yg aku sayang dan berada dalam rahmat Allah swt . Hmm , cukuplah semua kesedihan yg aku da rasa . life must go on no matter what happened . dulu aku tak tahu yg aku boleh hadapi semua ni ke tidak , tapi sekarang aku da semakin yakin yang Allah telah memberikan aku hati yang kuat dan tabah :) kepada kalian di luar sana , teruslah bertahan dengan segala ujian . Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan bukan kemampuannya . kadang kadang kita patut sedar bahawa Allah sangat menyayangi kita . jika dahulu aku taksub mengejar cinta manusia yang tidak pasti akan aku peroleh , kini aku da sedar yang aku telah tersilap langkah . dipengaruhi hawa nafsu dan bisikan syaitan . Hebatnya ujian yg Allah berikan kepada aku , Dia memberi apa yang aku inginkan sekian lama untuk melihat sejauh mana keimanan aku dan ketika aku leka , Dia mengambil nikmat tu sekelip mata tanpa aku duga . Tapi aku tidak menyesal kerana jika aku tidak tersilap langkah dahulu , aku takkan sedar bahawa cinta Allah itu melebihi segalanya . Biarlah aku belajar kan ? Dan aku dh bagi peluang yang sangat banyak kepada dia , tapi dia macam tidak pernah menghargai semua yang aku lakukan , aku rasa macam dipermainkan lebih lebih lagi bila tahu pasal itu . jelas sekali bahawa aku tak patut terlibat dalam semua tu :) tapi aku kesal sebab aku berharap yang cinta pertama aku ialah cinta terakhir aku :'( tapi entah la . kepada kawan kawan yang masih melebihkan cinta kepada manusia berbanding Allah , cepat cepat la korang berubah . InsyaAllah , Allah telah merencanakan yang terbaik untuk korang . perempuan yang baik kan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya . kepada yang belum terjebak lagi , Alhamdulillah teruskan perjuangan korang . jangan lah nak ada rasa teringin nak ada pakwe ke apa .tapi jangan salah faham , bercinta tak salah sebab tu lumrah kita , yang salah bila korang bercouple dan lagi teruknya bila dah mula pegang sana sini . eloknya kenalkanlah orang tu dengan parents kita ye :) semoga kita semua mendapat manfaat dan dijauhkan daripada melakukan perkara maksiat , insyaAllah
#harap korang bukak sikit fikiran bila baca ni , jangan nak berfikiran sempit sangat ye :) everyone make mistakes :)
POSTED BY Nurul Nadhirah ON Wednesday, December 12, 2012 @ 4:22 PM