homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
< #50>
Salam ukhwah

Difference / Perbezaan
Atau yang aku maksudkan di sini , berubah .

Berubah ke arah lebih baik itu sudah pastinya bagus , dan berubah ke arah buruk siapa yang perlu dipersalahkan ?

Perubahan itu seharusnya lahir dari hati yang tulus ikhlas , yang betul betul nak berubah .
Nawaitu , penting ya amat 

Kalau setakat cakap "Aku nak berubah" memang senang bro tapi untuk laksanakan ?
Banyak cabaran menanti .

Yang pertama , nawaitu
yakin dengan diri 

Kedua , perubahan dari dalam iaitu hati (jauhkan diri dari lakukan maksiat)
elakkan buat benda benda kecik yang bawak kesan besar untuk perubahan kita

Ketiga , percakapan 
Ni penting , sesetengah orang berubah dari segi penampilan tapi bila tang mulut dia fail 
Apa guna bertudung labuh atau berniqab tapi mulut macam longkang jugak ?
Tercemar imej Islam 
Sama lah macam harimau memakai costume arnab , nampak comel tapi sekali dia keluarkan bunyi ? Roar !!! jugak kan ?

Keempat , pemakaian
Baluti lah tubuhmu dengan kain yang longgar bukan sekadar tutup je tapi ketat macam penutup botol kicap

Yang terakhir , Istiqamah 

Aku memang tak sempurna untuk cakap bab bab ni , aku sendiri pun terkial kial mencari jalan yang benar
tapi tak salah kita mencuba dan tidak pernah putus asa mencari keredhaan Ilahi

Dan satu lagi , kadang kadang manusia terlalu cepat menilai 
Pepatah Inggeris berbunyi , "dont judge a book by its cover"

Memang betul , kalau kita tak pernah kenal orang tu mesti kita akan tengok luaran dia kan ? 
Especially cara pemakaian dia , ada je komentar yang keluar dari bibir kita 

Be positive , kita tiada hak menilai tahap keimanan seseorang berdasarkan pakaian dia 
Tapi berdoalah untuk dia , sesungguhnya itu lebih baik daripada kita buat dosa kering kan ?

Wallahualam :)

POSTED BY Nurul Nadhirah ON Friday, December 20, 2013 @ 12:43 AM
back | 100% kepunyaan aku | forth