homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
< #14>
Assalamualaikum :)

Hmm so , segalanya telah berakhir . Kehidupan aku kat MRSM Lenggong telah berakhir pada 8 Februari 2013 . Hmm aku terlampau sedih :'( Tangisan yang sekalipun berdarah takkan dapat mengembalikan semula semua kenangan kami . Sebelum aku balik haritu , aku duduk bersendirian menatap sayu bangunan bangunan yang banyak memahatkan sejarah dalam hidup aku . Bangunan Akademik , Dewan Selera , Dewan Besar dimana segalanya bermula , padang , Aspura , Aspuri , semualah . Jauh dalam hati aku , aku sentiasa berdoa supaya itu bukanlah kali terakhir aku menjejakkan kaki di MRSM Lenggong . Melihat gelak tawa rakan rakan dan tangisan mereka membuatkan aku semakin sebak , kerana selepas ini tiada lagi wajah wajah mereka yang bakal menghiasi hari hari aku di tempat baru . Namun aku bersyukur tidak tercampak seorang diri di sana , aku masih diberi semangat bersama rakan rakan yang lain . Walaupun cuma 15 orang tapi cukuplah untuk mengubat duka dan kerinduan aku . Dan ditakdirkan Allah , aku bersama mereka yang pastinya akan menjadi tonggak semangat aku . Aina , Afifah , Masturah , Fatin , Tiqa , KC , Adha , Khazis , Mirul , Shahrul Akram , Yunus , Danial ,Pak F dan Faiq . Mereka lah yang akan menjadi penawar aku :) InsyaAllah . Batch 10 , aku mintak maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran yang pernah terjadi semasa kita bersama . Sungguh , manusia itu melakukan kesilapan dan jangan takut untuk mencuba . Buktinya , aku tersilap sebab mohon PKP tapi aku tak takut untuk mencuba biasakan diri dalam keadaan baru . Harap korang pun macam tu , biasakan diri dengan batch baru . Tapi FOREVER we are BATCH 10 . Jaga batch baik baik , kita da upper form . Jadi matang sikit ea ? Hmmm , selalu pergi riadah tau ! Ain , Syara , lepas ni mintak ayam kat budak lain pulak ;) Farisa take care :) Wani jangan suka nangis dah ! Bella jangan kerek sangat :P Hassha , aku akan peluk teddy bear kau hari hari :D Ex alpharians , aku akan jadi cikgu drama kat Taiping pulak lepas ni . Dah hilang sorang pelakon berbakat :P MatChoi jangan nak malu sangat . Qhamar janagn suka main lemak orang dah :P Syidah jangan sedih ea ? Rai , tambah chips banyak lagi . Huda jangan diam sangat . Pinky matang sikit , suara kasi garau . Haha XD Ida kurangkan lembut . Noen cari jiran yang buat bising time subuh :) Aina , aku akan jaga Faiq elok elok , kau jangan sedih :') Pinat semoga berjaya di Pontian :P Baz semoga bukak butik . Hmm Sai jangan tinggi da tau ? LOL Tasya jangan suka gaduh dengan Faris , nanti kahwin . Ika sorry sebab selalu pau kau . Hmm Geng Amir jangan bagi ada geng lain conquer maktab ! ingat tu ! Hmm da panjang sangat da ni . Nanti aku sambung lagi :') Salam perpisahan buat sahabat , selamanya dalam kenangan :)
Assalamualaikum .
POSTED BY Nurul Nadhirah ON Sunday, February 10, 2013 @ 3:59 PM
back | 100% kepunyaan aku | forth