homePROFILETAGBOARDCREDITStumblrtwitterfollow
< #11>
Memang di luar nampak happy tapi jauh dalam hati siapa tahu ? Sembunyi jauh jauh bagi takda siapa dapat nampak . Aku tak suka , sangat teramat tak suka keadaan ni . Buat aku rasa tak selesa , terfikir fikirkannya . Harap nama aku tak tersenarai dalam list yg dapat PKP tuh . Amat sangat berharap tiada nama aku . Redha kalau ada tapi takda lagi bagus . Berjauhan kadang kadang memudahkan tapi dalam masa yang sama memeritkan .Tak semua benda perlu penjelasan . Janji ? Ya , janji tu aku akan buat . Takda lagi cerita yang perlu diberitahu . Biar semua tersimpan dalam sekeping hati ini .Cewahh XD . Sakit , perit , bahagia , gembira , sunyi dan sepi biar hanya aku yg tahu . Aku sedar tak semua yang kita mahu dan harap , kita akan dapat . Kini semuanya telah jelas menghiasi kornea mata aku . Tak perlu faham , tak semestinya . Hanya berserah pada Yang Maha Esa . Dia lah yang berhak menentukan takdir hidup aku dan tugas aku untuk merancang apa yang aku mahu .
POSTED BY Nurul Nadhirah ON Thursday, January 24, 2013 @ 1:07 PM
back | 100% kepunyaan aku | forth