Semasa aku baca artikel ni , serious aku menangis ! ayat ayat memang terkesan kat hati aku :') buat aku lagi bersemangat dan menyedarkan aku bahawa Allah la cinta sejati aku , aku post bukan sebab ada kaitan dengan aku tapi sebab benda ni mungkin akan menyedarkan orang lain .
Nikmatnya Perpisahan Insan Bercouple :)
"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia
sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk
berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan
yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari
diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam
diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima
teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat
dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak
ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada
lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan,
bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan
macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin.
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan
hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka
bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu
kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point,
ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah
mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan'
atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum
tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita
'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa
kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir
tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita,
keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin
suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di
alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam
perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar
kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan
mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita
hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa
itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang
mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut
mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta
Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu.
Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat
yang Maha Kekal.
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini
memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati
kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta
kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku
menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada
air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat
mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa
yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang
Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang
aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang
Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku
cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada
saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu,
Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan
cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya
Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh
usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam
POSTED BY Nurul Nadhirah ON Wednesday, December 5, 2012 @ 1:05 PM